Pages

Ahad, 3 Ogos 2014

Cerita Raya

Alhamdulillah..


Selesai sudah Madrasah Ramadhan dan Sambutan Aidilfitri. Memang tak menang tangan sejak bermulanya cuti sehinggalah saat ni. Baru dapat buka laptop dan update blog.

Tak puas rasanya cuti seminggu ni.. rasa nak disambung je cuti :)

Bila cerita pasal Raya.. mesti terbayang rendang, ketupat, lemang, lodeh, laksa, segala jenis mi dan kuih muih yang lazat lagi menyelerakan. Hari Raya pertama saya dah mula bersin-bersin dan selsema.. dek kerana terlampau sangat minum ais lah tu..memang tak selesa. Nasib ada bekal Nutriferon, Sustained Released Vita C Plus dan Perfomance Drink. Alhamdulillah, bersin dan selesema tak jadi melarat seperti kebiasaannya.
Anak-anak saudara pun sama terkena selsema dan bersin.. mereka consume Chewable Vita C.

Itu baru bab selsema dan bersinnya.. bab yang perut penuh sampai rasa tak larat lain pula kisahnya.
Biasalah, menu yang dihidangkan lazat belaka, habis semua nak dirasa. Bila dah dirasa, haa rasa nak meletup pula perut dek penuhnya dengan menu-menu lazat tu. Tapi, kami tak bimbang :) balik je rumah kami telan Omega Guard 3 biji bagi bakar lemak-lemak tu. Fuhhhh... lega perut..

Alhamdulillah.. kita masih dapat merasa makanan yang lazat, dapat menziarahi sanak saudara dan rakan taulan. Terima Kasih Allah atas segala nikmat yang Engkau pinjamkan. Dalam gembira kita meraikan Syawal tahun ini, jangan dilupakan saudara seakidah kita yang diuji hebat di Palestin, Syiria, Mesir dan Rohingya.
Titipkan doa untuk keselamatan dan kejayaan mereka semua.

Opss.. sebelum terlupa.. dah masuk 3 hb Ogos dah harini. Bulan Kemerdekaan ni Promo Buy 6 Free 1 Shaklee adalah GLA Complex. Insyaallah akan saya kongsikan tentang Gla Complex untuk anda dari masa ke semasa ye. Tunggu tau.



0 ulasan:

Catat Ulasan