Pages

Isnin, 18 Ogos 2014

ZON SELESA YANG MENYESAKKAN

ITULAH KALI PERTAMA DAN TERAKHIR.........

2008
Sebelum balik ke Malaysia saya sempat ambil lesen memandu di Mesir.
Kononnya balik Malaysia nanti tak perlu bersusah payah dengan proses lesen memandu Malaysia yang agak rumit ni.. hehe
Kat Mesir memang murah je bayarannya..seingat saya hanya LE60 untuk lesen memandu. Cuma di sana kami mengupah orang untuk ajar memandu.
Kisahnya saya dan beberapa rakan mengupah seorang kakak yang bagi kami nampak agak mahir memandu di Mesir. Sepanjang latihan kakak tersebut hanya ajar kami guna CLUTCH dan BRAKE sahaja ! latihan guna kereta manual.. masa ujian guna kereta auto ! pagi sebelum ujian kami diajar sekejap memandu kereta auto..TAPI tetap sama.. guna BRAKE sahaja !

BAYANGKAN!!!
Balik Malaysia..saya tak tahu mana satu pedal minyak dan nak tekan macam mana!! Membebel adik saya sepanjang latihan memandu dengan dia.. Selepas kahwin sambung latih dengan suami pula..
Oh ! latihan di Malaysia pula ye? kenapa?
Sebab.. saya tak boleh langsung memandu walaupun ada lesen konon tahap antarabangsa..

Tapi dek kerana bosan..macam payah je..saya cipta ZON SELESA sendiri..
"Alaaa nak gi mana2 kan suami ada..boleh hantar...boleh ambil..kalau suami tak dapat.. adik ada..bagi je duit minyak.. " ohhhh !!!

Sampai almarhumah mak banyak kali cakap..entah bila nak naik kereta akak drive..mak sentiasa bagi semangat kat saya.. pernah lah drive kereta saga lama ayah bawa mak..tapi adik ada sebelah guide..guide dan bebel..hahahaha..

DIS 2012
Bermula khidmat MCG..
Alhamdulillah..sempat saya bawa mak naik kereta saya sendiri yang saya pandu..mak duduk di sebelah saya..hantar mak gi dylisis masa tu..tiada suami dan adik yang guide.. JUN 2013

ITULAH KALI PERTAMA DAN TERAKHIR MAK NAIK KERETA SAYA..YANG SAYA PANDU SENDIRI..TANPA GUIDE DARI SESIAPA 

4 tahun saya ambil masa untuk keluar dari ZON SELESA ciptaan sendiri !
Kenapa setelah 4 tahun baru saya berani drive??
Kerana saya tak sanggup berada di sekolah seawal 6.15 pagi !!!
Dek kerana terpaksa tumpang suami yang keluar pagi untuk ke UKM..
Masa tu saya masih lagi OK..kononnnnnn !!
Kadang2 naik teksi.. RM20 pergi dan balik ye..sekolah tak sampai 10 minit pun..

PENGAJARAN KES 
# Mentor yang baik dan mahir serta terbukti berjaya akan melahirkan mentee yang berjaya.
# Kalau mentor je cemerlang.. tapi mentee BANYAK ALASAN, SYOK BERADA DI ZON SELESA, MALAS USAHA... Tak guna juga !
# Adakah sanggup kita menunggu lebih lama lagi untuk buat sesuatu demi insan yang kita sayang??? sempat ke??
# Pilihlah mentor yang anda yakini..dan folo rapat2..tak kira apa yang anda buat..bisnes ke..untuk ubah diri jadi lebih baik ke..dll
# Kalau taknak terpaksa tercongok kat tempat kerja awal2 pagi.. gi belajar dan drive !
# Pengajaran yang seterusnya..uols fikirlah sendiri 


Ahad, 3 Ogos 2014

Cerita Raya

Alhamdulillah..

Selesai sudah Madrasah Ramadhan dan Sambutan Aidilfitri. Memang tak menang tangan sejak bermulanya cuti sehinggalah saat ni. Baru dapat buka laptop dan update blog.

Tak puas rasanya cuti seminggu ni.. rasa nak disambung je cuti :)

Bila cerita pasal Raya.. mesti terbayang rendang, ketupat, lemang, lodeh, laksa, segala jenis mi dan kuih muih yang lazat lagi menyelerakan. Hari Raya pertama saya dah mula bersin-bersin dan selsema.. dek kerana terlampau sangat minum ais lah tu..memang tak selesa. Nasib ada bekal Nutriferon, Sustained Released Vita C Plus dan Perfomance Drink. Alhamdulillah, bersin dan selesema tak jadi melarat seperti kebiasaannya.
Anak-anak saudara pun sama terkena selsema dan bersin.. mereka consume Chewable Vita C.

Itu baru bab selsema dan bersinnya.. bab yang perut penuh sampai rasa tak larat lain pula kisahnya.
Biasalah, menu yang dihidangkan lazat belaka, habis semua nak dirasa. Bila dah dirasa, haa rasa nak meletup pula perut dek penuhnya dengan menu-menu lazat tu. Tapi, kami tak bimbang :) balik je rumah kami telan Omega Guard 3 biji bagi bakar lemak-lemak tu. Fuhhhh... lega perut..

Alhamdulillah.. kita masih dapat merasa makanan yang lazat, dapat menziarahi sanak saudara dan rakan taulan. Terima Kasih Allah atas segala nikmat yang Engkau pinjamkan. Dalam gembira kita meraikan Syawal tahun ini, jangan dilupakan saudara seakidah kita yang diuji hebat di Palestin, Syiria, Mesir dan Rohingya.
Titipkan doa untuk keselamatan dan kejayaan mereka semua.

Opss.. sebelum terlupa.. dah masuk 3 hb Ogos dah harini. Bulan Kemerdekaan ni Promo Buy 6 Free 1 Shaklee adalah GLA Complex. Insyaallah akan saya kongsikan tentang Gla Complex untuk anda dari masa ke semasa ye. Tunggu tau.