Pages

Selasa, 9 Disember 2014

KERANA 20 SEBAB............

Assalamualaikum..

Setiap orang apabila ingin melakukan sesuatu bisnes, masing-masing mesti mempunyai alasan dan sebab yang kukuh KENAPA dan MENGAPA memilih bisnes tersebut.

Begitu juga dengan saya. Banyak bisnes yang saya kaji tentang pelaksanaan, produk, peluang, modal dan beberapa lagi aspek lain sebelum saya membuat keputusan.

Aspek yang paling utama saya selidik ialah status ke HALAL an bisnes tersebut.
Saya mahu bisnes yang halal lagi suci. Tiada syubhah pada pelaksanaan dan ganjaran yang bakal saya perolehi nanti.

Selain itu, MODAL adalah perkara kedua penting yang saya titik beratkan. Saya takkan memilih bisnes yang memerlukan saya terpaksa mengeluarkan duit ratus-ratus apatah lagi ribu-ribu. Sebab? Sebab... saya nak bisnes yang tidak membebankan saya..yang mudah untuk saya laksanakan..saya nak menjana kewangan dengan kos yang paling rendah :)

Itu adalah antara sebab-sebab saya memilih bisnes yang saya sertai sekarang ini.

Baru-baru ini, di dalam grup rahsia kami, seorang daripada Leader hebat berkongsi tentang 20 SEBAB KENAPA BELIAU MEMILIH SHAKLEE..

Sungguh, sangat membuka minda saya ketika itu. Bukan setakat satu dua sebab, bahkan 20 SEBAB !

Jadi, saya ingin kongsikan dengan anda pula 20 SEBAB tersebut. Mudah-mudahan kita semua mendapat manfaat dari perkongsian hebat ini.

20 SEBAB KENAPA SHAKLEE

1.       Kekuatan produk. Produk yang bagus.

Shaklee berasaskan bahan semulajadi, melalui kajian terperinci dan  ujian yg ketat.

Shaklee berdaftar dgn KKM dan yang paling penting disahkan HALAL .

Lebih 57 tahun bertapak di dunia ini.

Semua produk Shaklee dijaga kaulitinya. Bahan-bahan untuk sesuatu produk Shaklee ditanam dan dituai mengikut kaedah dan tempoh masa yang ditetapkan.

 The Shaklee Difference ~ Always Safe, Always Works, Always Green.

2.       Syarikat yang mempunyai kredibiliti dan integriti yang tinggi. 

Sudah 57 tahun bertapak di dunia.

Shaklee bertanggungjawab ke atas setiap isu yang melibatkan produk dan syarikat.

Contoh :  Gla Complex Shaklee pernah didakwa menyebabkan fibroid oleh seorang pengguna, pihak Shaklee dengan segera mengambil langkah penyelesaian bagi kes ini.

Begitu juga apabila Shaklee dituduh menyumbangkan dana kepada Zionis Israel. Pihak syarikat dengan segera mengeluarkan pernyataan menafikan tuduhan tersebut.

3.       Sistem yang adil dan terbukti. 

Yang paling penting patuh syariah. Sistem Shaklee berbeza dengan MLM yang lain.

TIDAK mengamalkan konsep yang dibawah bekerja keras, yang di atas goyang kaki.

Boleh rujuk artikel yang ditulis oleh Al-fadhil Ustaz Dr. Zaharuddin bin Abdul Rahman berkaitan MLM menurut syariah.

http://zaharuddin.net/pelaburan-&-perniagaan/222-multi-level-marketing-menurut-shariah.html

4.       Shaklee bayar bonus yang tinggi kepada semua  pengedarnya.

50% daripada keuntungan syarikat digunakan untuk membayar bonus kepada semua pengedar Shaklee.

Selain itu banyak manfaat yang diperolehi oleh semua pengedar Shaklee seperti  CASH BONUS, CAR BONUS dan CONVENTION (3 C).

Shaklee sangat menghargai pengedar-pengedarnya dengan memberikan banyak insentif.

5.       Satu bisnes yang boleh diwariskan kepada anak cucu. 

Bisnes Shaklee adalah bisnes famili.

6.       Income yg tidak terhad (unlimited income).

Boleh jadi passive income dan pelan untuk persaraan. Berpencen dengan Shaklee!

Master Coordinator Shaklee ( rank yang paling tinggi ) meraih pendapatan tahunan minima RM600,000.00

 Tidak perlu tunggu sehingga umur 60 tahun untuk mendapatkan wang pencen !

7.       Bisnes produk kecantikan dan kesihatan adalah antara bisnes yg terbaik di dunia.

Industri yg bernilai billion dollar termasuk di Malaysia.

Daripada E-book Produk Laku Keras dan Margin Tinggi ( Faisal Abdullah) menyatakan :

4 kategori industri terbukti laris sejak ratusan tahun dulu :

Kategori 4 K :

1.       Kerohanian
2.       Kesihatan / kecantikan
3.       Kewangan
4.       Kekeluargaan dan Kehidupan

Manusia mempunyai keperluan asas. Kita tidak dapat hidup waras tanpa keperluan-keperluan ini. Jika anda jual produk dari kategori ini, Insyaallah anda boleh bertahan lama.

8.       Tidak perlukan modal utk mulakan bisnes.

Tidak perlu membuat pinjaman bank dan tidak perlu berhutang dengan sesiapa.
Hanya RM 75 untuk yuran keahlian untuk seumur hidup. Tak sampai RM100 pun.

Ada juga yang bermula dengan KOSONG MODAL!

9.       Boleh dilakukan 100% dari rumah. Home-based business.

Sambil-sambil duduk rumah, layan makan pakai suami dan kerenah anak-anak, kita mampu mencapai 4, 5, 6 angka sebulan.

10.   Tak perlukan premis perniagaan.

Boleh dilakukan si rumah sahaja. Jimat ke jimat? Pesanan dibuat secara online. Penghantaran diuruskan sepenuhnya oleh kurier yang telah dilantik oleh pihak syarikat.

11.   Tak perlu simpan stok yang banyak. 

Tak ada stok langsung pun boleh.

Tidak perlu gusar dan bimbang untuk menyediakan modal bagi membeli stok.

Bila ada order dari pelanggan, kita hanya perlu melayari web Shaklee dan membuat pesanan serta bayaran. 

Shaklee akan menguruskan penghantaran ke alamat yang kita berikan.

12.   Hampir tiada risiko rugi.

Biasanya dlm bisnes, HIGH RISK HIGH RETURN.

TETAPI dengan Shaklee..NO RISK HIGH RETURN.

Dengan serendah RM75 untuk yuran keahlian seumur hidup anda boleh menjana berpuluh bahkan beratus ribu kali ganda dari wang keahlian anda.

13.   Kalis recession (kalis kemelesetan ekonomi).

Maksudnya dlm keadaan ekonomi bagus atau tidak, orang tetap akan beli. Orang tetap perlukan suplemen dan produk kesihatan.

14.   Peluang perniagaan online yang sangat besar.

Seperti mana kajian oleh SKMM dan Paypal berkenaan peningkatan pembeli online & nilai yang dibelanjakan secara online meningkat sehingga berbillion ringgit.

Daripada kajian seorang pensyarah di Malaysia , bisnes online lahirkan paling ramai jutawan.

Kaitannya dengan Shaklee? Shaklee boleh dibuat 100% secara online, lebih-lebih lagi kita ada online sistem.

15.   Syarat utk berjaya dlm bisnes adalah M.E.S.T.I.

Mentor, Elmu, Sistem, Tindakan & Impian.

Ramai yang telah berjaya mendapat income sehingga 6-7 angka sebulan. 

Dalam Shaklee, kita dah ada mentor dan sistem yang sudah tersedia, malah peluang menuntut ilmu yang sentiasa terbuka luas.

Tinggal lagi TINDAKAN & IMPIAN sahaja untuk berjaya.

16.   Shaklee menyumbang kepada kepimpinan alam sekitar sejak 5 dekad yg lalu.

Syarikat pertama di dunia yang memperolehi pensijilan "Climate neutral".
Kita sokong Shaklee, kita juga menyokong usaha ke atas alam sekitar yg lebih baik.

Motto Shaklee : ALWAYS GREEN

17.   Boleh jadi MLM pahala.

Peluang untuk mendapat pahala yang berpanjangan, walaupun kita sudah tiada di dunia ini.

Ilmu yang kita kongsikan dengan susur galur kita kemudian dikongsikan dengan yang lain, Insyaallah boleh menjadi amal yang berpanjangan dan sebagai saham akhirat kita.

18.   Income yg berpanjangan.

Walaupun kita sudah tiada di dunia ini, bonus yang kita dapat disalurkan terus kepada generasi yang kita tinggalkan.

19.   Donald Trump dan  Robert Kiyosaki pun sokong MLM.  Juga DAO, pun sokong MLM. Justeru,  kenapa kita  tidak?

20.   Suplemen Shaklee sebagai  alternatif kepada ubatan kimia dan dadah .

Shaklee jauh lebih selamat daripada ubat-ubatan  yang  sedia ada.

Shaklee untuk mencegah… kerana mencegah lebih baik daripada merawat.


SHAKLEE…

BUKAN PART TIME

BUKAN FULL TIME

TAPI LIFE TIME !!

Jazakillah khoiron kathiron kepada Kak Long Nuzula yang sudi berkongsi 20 SEBAB yang hebat ini.

Perkongsian ini menambah keyakinan kami untuk tetap utuh bersama Shaklee sehingga tercapai segala yang dihajatkan. Insyaallah.

Tidak salah pilihan kami. 

Mungkin ini juga pilihan terbaik untuk anda. Belum cuba belum tahu. Dah cuba baru jatuh cinta.

Dengan modal serendah RM75, anda mampu mengubah hidup anda dari biasa-biasa kepada luar biasa.

Sekian dahulu perkongsian saya kali ini. Bertemu di lain masa, insyaallah :)


Kredit kepada Kak Long Nuzula (Key Coordinator)
FB : https://www.facebook.com/kaklong.nuzula


Badan Sihat Mudah Beribadat

Shaklee Independent Distributor
Siti Surisuhaili Mohd Yusof
1096528
HP : 017-3901224

 


Ahad, 7 Disember 2014

ADA APA DENGAN 3 C ??

Assalamualaikum..

Insyaallah hari ini, saya ingin berkongsi dengan anda apakah yang anda boleh perolehi melalui  Shaklee.

Sejak saya mula sertai Shaklee awal 2014 yang lalu, saya tak ambil pusing pun tentang peluang-peluang yang Shaklee sediakan untuk pengedar-pengedarnya.

Niat hati untuk mencuba sesuatu yang boleh menambah income saya setiap bulan. Dapat RM500 ke RM1000 kira ok lah tu.

Cuba je dulu.. lagipun tak rugi sesen pun kalau cuba. Bukan kena keluarkan modal pun. Tambahan saya pun memang amalkan suplemen Shaklee.

Untuk makluman, saya adalah pengamal suplemen Shaklee semenjak bulan Oktober 2013.

Alhamdulillah... saya telah dan sedang merasa C pertama yang ditawarkan oleh Shaklee. C kedua dan C ketiga sedang diburu.. Insyaallah..sikit masa lagi.

Bulan pertama saya cuba buat jualan..Alhamdulillah..saya berjaya perolehi BONUS yang pertama..
3 angka $$$ , setengah dari 1 ribu. Alhamdulillah. 

Dari situ, saya mulai nampak peluang-peluang yang Shaklee sediakan. Diantaranya 3 C ini lah.

Ok.. jomm..

Jemput baca entry saya kali ini dengan gembira :) 

C 1

CASH $$

Setiap produk yang dibeli ada point atau lebih dikenali sebagai UV yang dikumpul dan akan ditukarkan dengan wang tunai (CASH ). 

Cash ini akan dibayar terus melalui akaun bank yang kita berikan semasa mendaftar menjadi ahli. Cash ini lebih mesra dipanggil BONUS dikalangan pengedar-pengedar Shaklee.

Walaupun anda membeli untuk makan sendiri sahaja, anda juga layak untuk menerima CASH ini.

Syarat minima point atau UV yang terkumpul untuk melayakkan mendapat bonus ini ialah 150 UV bersamaan dengan RM450 belian produk. Bonus yang anda perolehi ialah sebanyak RM24.00.

Ini adalah untuk pembelian minima, bayangkan anda mengumpul 1000 UV, 3000 UV.. wowwww berapa banyak RM yang anda akan perolehi nanti..





C 2

CAR

C yang kedua ini memang sangat menarik minat saya. Shaklee tidak memberikan anda kereta baru.

TETAPI Shaklee memberikan anda wang tunai untuk anda membeli kereta baru atau membantu anda membayar pinjaman kereta anda yang sedia ada. 

Sekiranya anda tidak mahu membeli kereta..tidak mahu membayar pinjaman kereta anda menggunakan bonus kereta ini..tiada masalah.

Kerana itu WANG ANDA ! Duit anda milik anda. Best ke Best?

Saya pernah bertanya kepada seorang SID berapa Shaklee bayar bonus kereta  beliau. Jawab sahabat saya itu..hanya RM3000.. wowwww super woowwww!!! 3000 ?? itu baru bonus kereta..belum dicampur lagi dengan bonus tunai (C1 ). Lebih dari RM3000.00 pun ada tau.



C 3

CONVENTION

Dapat BONUS TUNAI, BONUS KERETA.

Shaklee bagi lagi trip percutian di dalam dan luar Negara termasuk mengerjakan UMRAH bagi orang islam secara PERCUMA !! diulangi PERCUMA !!

Bukan sebarangan percutian.. bertaraf 6 bintang. Semuanya tajaan percuma daripada Shaklee.

Bukan anda seorang sahaja yang boleh pergi..pasangan anda, anak-anak, ibu bapa anda pun boleh pergi.
Semuanya ditanggung oleh Shaklee. Best nyeeee…


BAGAIMANA CARA UNTUK MENDAPATKAN 3 C INI ?

Mudah sahaja..

Semua pengedar Shaklee atau lebih dikenali sebagai SID layak untuk mendapatkan 3C ini.

Anda yang belum mendaftar sebagai ahli, sila mendaftar dahulu untuk membolehkan anda mendapatkan 3C ini.

Anda hanya perlu memilih untuk mendaftar dengan cara yang dinyatakan di bawah :

  • Membuat belian produk sebanyak 200 UV (RM 650).
            Cara pertama ini, melayakkan anda untuk mendapat KEAHLIAN PERCUMA
            dan juga BONUS 5% .


  •           Membayar yuran keahlian untuk SEUMUR HIDUP sebanyak RM75 SAHAJA !


Sekiranya anda telah memilih cara untuk menjadi ahli, anda boleh menghubungi saya untuk pendaftaran. Pendaftaran secara ONLINE. 24 JAM.

FAST ACTION, FAST RESULT !

Sebarang pertanyaan, boleh hubungi saya :

Surisuhaili MY
Shaklee Independent Distributor 1096528
HP : 017-3901224


Khamis, 4 Disember 2014

BULAN CANTIK MENAWAN



Assalamualaikum..

Disember ini Shaklee sekali lagi dengan baik hatinya melancarkan 2 Promo khusus untuk pelanggan-pelanggan setianya.

Promo 1

Beli 6 Percuma 1 Vita E Complex

Promo 2

Beli 6 Percuma 1 Sustained Released Vita C Plus

Wow... kedua-dua Vitamin ini sinonim dengan KECANTIKAN kulit :)

Memang menjadi febret ramai orang.




Untuk maklumat lanjut mengenai promo hebat ini, anda boleh menghubungi saya.

Surisuhaili
Shaklee ID 1096528
WA / TG 0173901224






---------------------------------------------------------------------------------------- Kekalkan Kesihatan & Kecerdasan! Sihat & Berjaya bersama saya Berminat untuk mencuba vitamin terbaik di Malaysia ini Sila hubungi saya segera : Perunding Vitamin Anda : SITI SURISUHAILI BT MOHD YUSOF Pengedar Sah Shaklee Kawasan Gemencheh, Gemas, Tampin, Bahau Shaklee ID [ No : 1096528 ] Fon : 017-3901224 Facebook : http://www.facebook.com/LagendaMahsuri Email : mahsuri1204@yahoo.com / lagendamahsuri1204@gmail.com Saya merupakan Pengedar Sah Shaklee dengan ID 1096528 . Anda boleh dapatkan produk Shakle dari saya ----------------------------------------------------------------------------------------